Friday, January 10, 2020

Diploma Reka Bentuk Dan Pembangunan Permainan UPSI







Assalamualaikum kepada warga bakal UPSIAN sekalian!

TAHNIAH! Anda telah menjumpai blog infomasi tentang DIPLOMA REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN PERMAINAN yang paling latest!

Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri saya, 
  • Nama pena: Ima Said
  • Batch: 19/20 (E191/2 Game Designer)
  • Code: A1260 
Saya merupakan pelajar semester 2 pada ketika saya menaip blog ini iaitu pada awal tahun 2020. Maka, tak banyak informasi tentang kursus ini bagi pemula seperti anda tetapi saya akan membantu anda untuk mengenali tentang lebih lanjut tentang kursus ini. Haaa.. jadi bersiap sedialah kerana saya tidak akan menyambung post ini ke post lain maka post ini akan sedikit lebih panjang.

Sebelum anda menjadi seorang UPSIAN.. Wajiblah anda menghapuskan STIGMA UPSI UNTUK BAKAL GURU SAHAJA! 
Absolutely NO! Terdapat banyak kursus bukan pendidikan di UPSI kerana nama pun UNIVERSITI dan bukannya MAKTAB PERGURUAN!

Jika anda menjadi pelajar diploma rekabentuk dan pembangunan permainan, anda boleh menjadi seorang guru atau bekerja di industri (nak jadi content creator atau freelance atau CEO kompeni game pon boleh!)

Sebelum tu, jum sertai platform warga UPSI confess mengkonfes UPSI CONFESSION

APA ITU REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN PERMAINAN?

Kursus di bawah Fakulti Seni Komputeran Dan Industri Kreatif ini ingin melahirkan graduan yang berpotensi menjadi GAME DEVELOPER dan bukannya pencipta permainan budak-budak seperti papan gelongsor! Boleh je kalau anda ingin mencipta permainan fizikal budak-budak kerana asas kepada permainan ialah permainan BOARD! Sebelum anda menjadi seorang game developer, anda juga akan menjadi game designer. Anda akan belajar membuat game tradisional iaitu board game seperti permainan dam ular, jenga, dadu dan sebagainya! Tapi kita nak buat game seperti game-game di PlayStore tau!

APA REQUIREMENT NAK BELAJAR GAME DESIGN DI UPSI?
Anda perlulah credit dalam BM dan BI. Paling teruk pun D lah. Jangan fail sudah. Waktu saya SPM, saya dapat 7A dan kawan-kawan saya ada je dapat 1A dan 2A masuk kursus ini. Asalkan peperiksaan SPM anda tiada G! Kebanyakkan daripada kami ada asas PENDIDIKAN SENI dan minoriti tiada asas seni. 

Tips Nota Kaki:
Disebabkan kursus ini tak ramai apply, jangan sesekali letak kursus ini dalam pilihan anda sama ada paling atas atau paling bawah sebab peluang nak dapat tu TINGGI. Kursus ini tak ramai pilih, sebab tu kalau ada je yang letak dalam 12 pilihan tu, dia serap masuk! Hal ini terjadi pada saya. 
Pada awalnya saya mohon 10 politeknik dan 2 UPSI di bahagian paling bawah. Rezeki pulak dapat kursus ni! 

APA YANG AKAN ANDA BELAJAR DI UPSI?

haa, taknak cakap banyak, meh tengok subjek-subjek yang ada...




Nak tahu lebih lanjut lagi? Layari Diploma Guide Book.

Pada semester satu, anda akan belajar beberapa subjek Uni. Anda akan digabungkan dengan pelajar dari kursus lain jadi.. takdelah bosan sangat tengok muka classmate yang sama je kan?
Pada semester ini akan belajar perkara-pekara basic! Contohnya subjek MKA (Digital ICT) , anda akan belajar tentang komputer dan ada kelas makmalnya pula belajar words, powerpoint, photoshop dan sebagainya. Subjek ini akan digabungkan dengan rakan kita iaitu Diploma Computer Science! 

Tapi jika kelas makmal MKA tak memuaskan, kita ada kelas makmal MMM (Mutimedia) yang akan belajar lebih mendalam tentang perisian photoshop, audacity, powtoon. Kelas lecture MMM pula kita akan belajar asas-asas multimedia dan industri kreatif seperti text, audio, grafik, video dan animation.

Untuk yang tiada asas seni lukis dan TAK PERNAH MELUKIS tu, berhuhuhu lah anda kerana pada sem ini kita ada kelas FUNDAMENTAL OF DRAWING. Tapi jangan risau. Subjek ini akan mengasah skill melukis anda. Tapi jangan main-main dengan subjek ini kerana pemarkahannya strict! Jika lecturer anda ialah encik Bakri Musa, beliau sangatlah friendly dan easy-going tapi berhuhuhu lah anda jika tak buat kerja dengan baik sebab senang sangat nak dapat B HAHAHAHA.. nasib baik saya dapat A. Tapi subjek ni memang sakit sikitlah sebab final projek dia makan masa banyak dan lukisan yang banyak! DAN ANDA AKAN BUAT ESAIMEN TU PADA STUDY WEEK HINGGA MINGGU PERTAMA EXAM ARHHH..

Haaa,, yang paling digeruni... MATEMATIK DISKRIT! YAAAA KITA AKAN JUMPA MATEMATIK YAAA! tapi jangan risau, matematik diskrit yang kita belajar ni simple je. Kalau anda tak ada basic Addmath pun takpe sebab matematik diskrit ni bukan kalkulus taw! matematik ni lebih mudah daripada Addmath. KACANG JE 

Dan.. yang paling best.... FUNDAMENTAL OF PROGRAMMING! Asas pengetahuan pelajar komputeran ialah programming lah geng! Kita yang develop game ni pun akan ada subjek GAME PROGRAMMING pada semester 3 nanti tau. Tapi untuk sem 1 ni, cukuplah kita belajar asas semata-mata tapi untuk subjek ni terpulang kepada lecturer untuk ajar language apa. Kalau saya, saya belajar JavaScript dan Java!

Senang je sem 1 ni, saya dapat 3.88 pointer tau! Bukan nak riak tapi saya paling tinggi di sem 1.. tapi sem lain entahlah xD

Enough Sem 1, jum go through Sem 2 iaitu semester yang sedang saya lalui ketika menulis blog ini.

Pada sem 2, kalian akan ada banyak subjek Uni, macam 4 kot? dan hanya 3 subjek kursus. Taknak cakap pasal subjek Uni. saya nak cakap pasal subjek kursus. Kita ada STORYBOARD, WEB DESIGN dan GAME PRINCIPLES.

Subjek storyboard ni anda akan belajar cara buat storyboard yang lebih detail. YUP MELUKIS. sama ada secara pen dan kertas atau menggunakan software atau kedua-duanya sekali. Bergantung pada lecturer anda. 

Subjek Web Design pula lebih kepada nak buat website. Anda beruntung kerana batch selepas saya nanti, server akan disediakan oleh pihak UPSI. Batch saya dan sebelumnya kena bayar sendiri taw.. huhuhuhuhu.. apalah nasib. Subjek ini bermain dengan PROGRAMMING tetapi hanya guna HTML dan CSS. senang je hehe.

seterusnya... Game principles.. haa subjek ni gabung dengan belajar diploma keusahawanan.. mujur pada batch saya, lecturer asingkan kerana ada kekangan kelas dan waktu untuk pelajar keusahawanan so, kelas saya ada coursemate je. Kenapa ada pelajar business belajar prinsip game? Kerana mereka juga pemangkin industri game ini. Kalau takde dorang, takdelah pelaburan dalam industri ni hmmm...
Dalam subjek ini kita akan belajar apa itu GAME. Game pun ada theory nya tahu! Kita tak buat game untuk suka-suka.. tapi kena ikut prinsip yang telah ditetapkan. Pada subjek ini ada final project iaitu BUAT BOARD GAME sendiri.. maka berhuhuu lah anda.

HAAA TU JE LAH! tapi kalau anda mahukan lagi.. boleh rujuk gambar di atas dan juga link Diploma Guide Book ini untuk tahu lebih lanjut subjek-subjek yang akan anda belajar.

Mengikut senior, sem 3 lebih kepada development of characters dan kita akan buat 2D game kot? Sem 4 pula mula buat game 3D kot.. dan sem 5 akan mula Final year project di mana kita akan buat kompeni game sendiri.. ohok.. Kita ada latihan industri taw.. muahh.. cukup 2 tahun je!

APA HALATUJU KURSUS INI?

Anda bertuah kerana UPSI sudah mempunyai DEGREE DIGITAL GAMES. Jadi jika anda ingin melanjutkan pengajian dalam bidang game, bolehlah pergi. Tapi jika anda mahu menjadi guru, boleh sambung ISMP MULTIMEDIA, tapi anda kena ingat.. Kursus pendidikan UPSI ni open market. Jika anda mahu mengambil risiko untuk tidak posting dalam masa beberapa tahun, ambillah tapi siapa saya untuk menghalang cita-cita orang lain? Kursus ismp multimedia boleh jadi cikgu ict, atau menjadi designer jugaaakkk jangan risaulah! 

selain itu, ada kursus design iaitu ANIMATION dan juga PENGIKLANAN. Saya bercita-cita nak sambung animation sebab saya memang minat kartun. saya paling minat Boboiboy hehee.. Teringin nak kerja di bawah mereka atau,, buat animasi sendiri? 

Jika anda mahir dalam komputer dan programming, anda juga boleh sambung SOFTWARE ENGINEERING.. Kursus ni lebih kepada sains komputer tapi kalau minat boleh je.

Kalau anda takmahu sambung belajar pon ok je. Diploma kita ni boleh jadi macam-macam. Graphic designer boleh, Video editor boleh. Multimedia bole, animator pun boleh.. game dev pun boleh. ikutlah apa korang nak... Sebab Diploma ni kita belajar asas multimedia dan juga game design taw. So halatuju kerjaya kita banyak. Nak jadi 3D animator pon boleh..

MAJULAH GAME UNTUK NEGARA.. oyeay

itu sahaja daripada saya... 
Ini gambar sebelum study week sem 1 bersama Puan Haslina dan kembar pelajar sem lain. Puan Haslina merupakan Academic Advisor kami semua. Beliau mengajar subjek multimedia pada sem 1. 

Ini pula gambar hari terakhir final exam sem 1. Ada beberapa orang takde dalam gambar sebab mereka hilang hahaha.

Ini ialah gambar para gadis gamers batch 19/20.. ada 8 orang tapi sorang tu hilang hiks. sikit je kan kami? Lelaki pula ada 12 orang so total batch kami 20 orang je.. batch paling sikit

Ini gambar ketika persatuan Game design and development buat pertandingan futsal. Haa kalau nak tahu, persatuan ini satu-satunya persatuan diploma taw! Dapatlah kenal-kenal dengan senior game yang gilak ramai tu batch 18/19 tapi ni separuh ja lah,.. ada ramai lagi dorang tu huu

haaaa.. ni baru cukup berlapan. Kami gelar diri kami The Princess Gamers sebab ayu-ayu je semua HHAHAHA

Itu saja daripada saya. jumpa di hari yang lain!
boleh follow IG bakal senior anda ini (ehem) imasaid__








5 comments:

  1. hi kak tahun ni saya masuk sana harap akak boleh terang kan lebih lagi pasal course ni...

    ReplyDelete
  2. Salam, Syukran Neji here. Macam mana pengajian waktu pandemik Covid-19 ni? Ok ke?

    ReplyDelete
  3. Betway casino app review and bonuses - DrmCD
    What you need to know about Betway 문경 출장안마 casino app review 의정부 출장마사지 and bonuses. Read our 바카라 안전 사이트 complete review and find out more 전라남도 출장샵 about the Betway 삼척 출장안마 casino app for Android and iOS

    ReplyDelete
  4. Salam, untuk masuk kos nih kene ada basic pengaturcaraan ke?

    ReplyDelete

Diploma Reka Bentuk Dan Pembangunan Permainan UPSI

Assalamualaikum kepada warga bakal UPSIAN sekalian! TAHNIAH! Anda telah menjumpai blog infomasi tentang DIPLOMA REKA B...